Hari Tari Sedunia@HARI TARI ANTARABANGSA
Pe-Zapin / PROGRAM PERMATA JAUHAR 2019
Pe-Zapin / PROGRAM PERMATA JAUHAR 2018
Sambutan Hari Tarian Antarabangsa, International Dance Day
Sambutan Hari Tarian Antarabangsa, International Dance Day disambut pada 29 April setiap tahun dan pertama kali diperkenalkan oleh International Dance Council (CID, Conseil International de la Danse), UNESCO, pada tahun 1982. Pada Hari Tarian Antarabangsa disambut juga merupakan kelahiran 'bapa balet moden', penari balet dan koreografer terkenal dari Perancis, Jean Georges Nover. Tujuan utama penganjuran World Dance Day adalah untuk menarik perhatian masyarakat, khususnya generasi baru untuk mengenali dan lebih dekat dengan seni tari. Selain itu, World Dance Day juga boleh dijadikan sebagai perayaan untuk mengatasi pelbagai rintangan politik, budaya dan etnik serta membawa seluruh bangsa dunia kepada satu bahasa yang sama iaitu tarian. Majlis Tarian Antarabangsa menganggap bahawa, sebahagian besar perayaan rasmi di dunia kurang mengutamakan kegiatan seni tari, walhal tarian telah menjadi sebahagian daripada budaya manusia sepanjang zaman. Tiada dana diperuntukkan dalam bajet kerajaan untuk menyokong seni tarian dan tidak ada pendidikan khusus untuk tarian, sama ada oleh persendirian atau awam. |
"Saksikan kehidupan ini merentasi zaman yang penuh cabaran dalam mengekalkan identiti budaya bangsa.” Tahun 2019 kita akan menyaksikan satu lagi detik bersejarah bagaimana kita meraikan Hari Tari Sedunia
mengikut versi Malaysia. |
Merealisasikan hasrat semua peminat seni tari di Malaysia, khususnya di peringkat sekolah. Di dalam kita menghayati warisan seni budaya bangsa, impian menjadikan pembangunan seni budaya di negara kita tercinta ini akan memberi satu titik persamaan dalam memacu arus pemodenan tanpa meninggalkan khazanah berharga yang dikatakan hampir pupus dek arus perubahan semasa. Namun saya percaya bahawa setiap insan di negara kita ini mempunyai sifat patriotisme yang tinggi dan mereka terutamanya generasi muda hari ini sentiasa berusaha dibimbing guru-guru dalam mengenal budaya bangsa yang diwariskan kepada mereka zaman berzaman.
En. Razak bin Rahmat, YDP Pe-Zapin Johor |