TINGKAH TARI KESINAMBUNGAN AKTIVITI KBAT DARIPADA PROGRAM PERMATA JAUHAR
"Setiap apa yang ditarikan adalah tujuan untuk mengenang masa lalu agar tidak lupa bagaimana masa lalu menyelusuri ke masa hadapan.” |
“Tingkah Serentak” ini merupakan himpunan penggiat seni tari sempena Hari Tari Sedunia dan merupakan antara aktiviti Program Permata Jauhar anjuran Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2019. Ianya dibuka kepada penggiat seni khususnya generasi muda di peringkat sekolah rendah dan menengah yang telah dan sedang mengikuti Program Permata Jauhar.
Program ini memberi peluang kepada pelajar mempamerkan bakat dalam bidang tari untuk meraikan hari tersebut yang julung-julung kali diadakan sebagai satu titik permulaan dan aktiviti seterusnya didalam Program Permata Jauhar seperti yang terkandung di dalam pelan perlaksanaannya. Tarikh Pelaksanaan "Tingkah Serentak" Tarikh : 28 April 2019 Hari : Ahad Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat : River Coast Riverside (untuk semua sekolah seluruh Malaysia yang telah atau sedang mengikuti Program Permata Jauhar) Untuk muat turun dokumentasi, sila hubungi pihak penganjur untuk dimasukkan ke Telegram TIngkah Serentak. |
Segera Mendaftar
Kepada sekolah yang telah menyertai Program Permata Jauhar sila berhubung dengan pihak penganjur bagi menyertai Program Tingkah Serentak
|